Skap bandar raya Beijing

Bahagian pentadbiran

Wilayah perbandaran Beijing terdiri daripada 18 subbahagian pentadbiran (peringkat kedua) yang diperintahnya secara langsung. Antara ini, 16 ialah daerah, manakala dua yang lain merupakan kaunti, dengan kawasan bandar dan subbandar terdiri daripada 8 daerah. Kesemua 18 daerah dan kaunti dibahagikan lagi kepada 273 unit pentadbiran peringkat perbandaran (peringkat ketiga):

Banyak nama tempat di Beijing berakhir dengan mén (门) yang membawa pengertian "pintu" kerana tempat-tempat itu pada asalnya merupakan lokasi pintu tembok kota Beijing. Sebaliknya, terdapat juga nama tempat yang berakhir dengan cūn (村) yang bermakna "desa" dan yang pada asalnya merupakan tempat yang terletak di luar tembok kota.

Seni bina

Di dalam Kota Larangan

Tiga gaya seni bina menguasai kawasan bandar Beijing:

  1. Seni bina tradisional empayar China, dengan Tiananmen (secara harfiah, "Pintu Kota Keamanan Kesyurgaan" yang masih merupakan bangunan tersegam ciri utama gaya ini), Kota Larangan, Kuil Nenek Moyang Empayar, dan Kuil Syurga mungkin merupakan contoh unggulnya;
  2. Gaya "China-Soviet" yang dibina antara 1950-an hingga 1970-an yang menampilkan struktur yang cenderung bersifat kotak, sederhana, dan bermutu rendah; [15]
  3. Bentuk seni bina yang jauh lebih moden, khususnya di kawasan Daerah Perniagaan Pusat Beijing dan Jalan Kewangan Beijing.

Beijing awal abad ke-21 telah menyaksikan pertumbuhan pembinaan bangunan baharu yang pesat yang menonjolkan berbagai-bagai gaya moden daripada pereka bentuk antarabangsa. Campuran kedua-dua gaya seni bina yang lama dan baharu dapat dilihat di Zon Seni 798 yang menggabungkan reka bentuk 1950-an dengan gaya yang baharu.

Rujukan

WikiPedia: Beijing http://www.tirana.gov.al/common/images/Internation... http://www.bjreview.com.cn/quotes/txt/2008-03/04/c... http://www.china.com.cn/economic/txt/2008-03/20/co... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-03/01/conte... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-04/16/conte... http://english.people.com.cn/data/province/beijing... http://english.peopledaily.com.cn/90001/90776/9078... http://english.cri.cn/1702/2005-2-18/119@169894.ht... http://www.beijing.gov.cn http://zhengwu.beijing.gov.cn/xwfbh/bmqxfbh/t98943...